Tuesday 30 July 2013

Keistimewaan 10 malam terakhir di bulan Ramadhan !

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah masa lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini..

Sedar tak sedar kita sudah pun berada di fasa ke-3 di bulan mulia ini.. 

Semoga kita masih diberi kesihatan yang baik untuk sentiasa memanjatkan kata syukur kepada-NYA.. 

Di sini ingin NuRuL kongsikan serba sedikit mengenai keistimewaan 10 malam yang terakhir ini yang masih berbaki lagi buat kita semua In Sha ALLAH.. 

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah; 


  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;


    “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). 

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:


    “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) 

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun. 

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3) 

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini. 

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4) 

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia. 

  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan. 

    Bilakah Lailatul Qadar? 

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

    Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari) 

    Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun. 

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.” 

  • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah. 

    Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda. 

    Syarat sah iktikaf: 

    Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan. 

    Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat. 

    Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid. 

    Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan. 

    Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan. 

    Perkara yang membatalkan iktikaf: 

  • Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja. 

  • Murtad. 

  • Hilang akal kerana gila atau mabuk. 

  • Datang haid atau nifas. 

  • Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187) 

    Perkara yang sunat dilakukan. 

  • Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa. 

  • Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya. 

    Perkara yang harus dilakukan. 

  • Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit. 

  • Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian. 



  • ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Saturday 27 July 2013

    Simple Segment by Fatin Diana



    Nak Button badge no 2.. ^_^

    ok done !

    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Topup Giveaway by FakhRuru



    ok done !

    selamat berpuasa semua.. ^_^


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Thursday 25 July 2013

    Tuesday 23 July 2013

    BERSAHUR CARA RASULULLAH

    Assalammualaikum w.b.t

    Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kita masih diberi peluang untuk berjumpa Ramdhan kali ini.

    Hingga ke hari ini kita telah pun sampai ke Ramadhan yang ke-15.

    Dari hari pertama kita puasa hingga ke puasa hari ini, pernah tak kita berfikir betapa pentingnya sahur buat diri kita. NuRuL pasti kekadang kita pasti tak bangun sahur kan? betul x? 


    Tetapi kita perlu tahu bagaimana cara Rasulullah dulu. dan kita patut contohinya.. :)

    Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923)

    Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar.

    Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120)
    Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

    Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643)

    Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.

    Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664)




    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Lucky Giveaway By Jaja


    Jom join giveaway plak.. hee

    Nak join click banner ok !

    ok done !


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan


    Jom join Segmen dari Cik Fie ni.. :)


    Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

    CARA - CARA NAK JOIN

    1. Follow blog CIK FIE
    2. Like fanpage CIK FIE  
    3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
    4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
    5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini
    ok done !


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Monday 22 July 2013

    Menagislah Jika itu Boleh Membuatkan Kamu Tenang !


    Sumber : Facebook


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Doa Untuk Kekasih !

    Sumber : GooogLe

    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
    Ya Allah…
    Seandainya telah Engkau catatkan…
    Dia milikku tercipta buatku…
    Satukanlah hatinya dengan hatiku…
    Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
    Agar kemesraan itu abadi…

    Ya Allah…
    Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
    Seringkanlah kami melayari hidup ini…
    Ketepian yang sejahtera dan abadi…
    Maka jodohkanlah kami…

    Tetapi Ya Allah…
    Seandainya telah Engkau takdirkan
    Dia bukan milikku…
    Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
    Luputkanlah dia dari ingatanku…
    Dan periharalah aku dari kekecewaan…

    Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
    Berikanlah aku kekuatan…
    Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
    Hilang bersama senja yang merah…
    Agarku sentiasa tenang…
    Walaupun tanpa bersama dengannya…

    Ya Allah yang tercinta…
    Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

    Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
    Adalah yang terbaik untukku…
    Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
    Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

    Ya Allah…
    Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
    Di dunia dan akhirat…
    Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
    Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
    Di dunia ini mahupun di akhirat…
    Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
    Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
    Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
    Ke jalan yang Engkau redhai…
    Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

    Ya Allah…
    Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
    Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

    Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
    ct to tentangcinta !

    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Monday 25 February 2013

    " Segmen : Bloglist March"


     " YOU COMMENT , I FOLLOW "

    ok done !



    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Saturday 23 February 2013

    NT | Mini GA Topup RM30



    Nak join click banner ye kawan.. ^_^

    Dan ini syarat-syaratnya..

    1. Buat entry tajuk NT | Mini GA Topup RM30*sertakan banner di atas

    2. KLIK SINI , SINI , SINI , dan SINI 

    3. Sertakan syarat GA dalam entry anda

    4. Tag 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu

    5. Tinggal link di ruang komen

    6. Pemenang akan dinilai berdasarkan Random.org

    7. Tarikh tutup : 25 Februari 2013

    Dan akhirnya NuRuL tag kamu, kamu dan kamu ye...

    ok done !


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com



    Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

    Syarat-syaratnya :
    1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
    2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
    3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
    4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
    Senang dan mudah bukan?

    15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

    tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

    ok done !


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Tuesday 12 February 2013

    Wordless Wednesday #16




    * Semoga semuanya tidak menghampakan ! *


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Tuesday 5 February 2013

    Wordless Wednesday #15




    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    #5 Giveaway Day Challenge By Nabila Medan



    Nak join click banner ye kawan.

    ok done !




    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu




    Syarat-syarat nak join sangat mudah.

    Ok done !

    Nak join click banner ye kawan !


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Segmen: Follow Me FOllow U



    Follower ke 199.. :)

    Nak join click banner ye kawan !

    Ok done !


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Kawan, sahabat dan teman apa bezanya ?


    Assalammualaikum w.b.t

    Waa lama rasanya tidak menaip entry baru di blog yang usang lagi uzur ini.

    Hampir 3minggu di rumah untuk menghabiskan sisa-sisa baki cuti semester kali ini.

    Ye dalam kehidupan kita yang hanya sementara ini, pasti wujudnya hubungan dengan mereka iaitu kawan mahupun sahabat ataupun teman kan ?

    Tetapi sebagai manusia pasti ada perbezaan di antara tiga perkataan tersebut ?

    Am I right ???

    Kawan ? NuRuL yakin ia tak sama seperti seorang sahabat mahupun teman kan ? Ianya seperti mereka yang kita hanya kenal sekejap je dan kemungkinan kita tak kenal pun sangat dengan mereka. Kita tak rapat dengan mereka. Kita just kenal macam tu je. Bila kita nampak dia, kita tegur mahupun senyum kan ?  Senang cerita ia boleh didapati di mana-mana, tidak teguh hubungannya, hanya bersifat luaran, dan paling ramai. Sebagai contoh, seperti kawan di facebook, kadang-kadang kita sendiri tak kenal siapa dorang tu kan ? sebab tu kawan tu mudah dicari.

    Seterusnya sahabat ? Sahabat bagi NuRuL adalah mestilah seorang yang dimana kita boleh berkongsi masalah kita bersama. Kita memahami dia dan sebaliknya. The most important thing, dia mestilah ada waktu kita susah atau senang. Tak seperti bak kata orang tu “ Bila senang bersama kita, Bila susah buat tak tahu je, tinggal je kita macam tu ”. Ada kan manusia yang macam tu ? Kawan masa senang je susah bukan lagi kawan. Seperti mengambil kesempatan atas kesenangan orang itu.


    From GoogLe

    Last but not least, teman ? Yes ! Teman juga penting bagi kita. Tapi dengan dunia sekarang ni, korang percaya tak nak cari teman yang sejati itu susah dan tak semudah yang kita sangkakan ? betul tak ? Just imagine ok. Bila korang dah keluar dari kepompong sekolah means dah habis sekolah kan korang akan jumpa dengan dunia luar. Kat situlah korang dapat lihat bagaimana kehidupan sebenar kita. Masa tu lah korang kena pilih whether nak cari kawan mahupun lawan. Kalau korang kawan dengan kawan yang baik maka tak sesatlah korang tapi jika sebaliknya. Luu pikilah sendiri beb !


    Di dunia ini, kita berjumpa pelbagai ragam manusia kan ? Ambil contoh paling senang adalah diri kita sendiri. Kita sendiri mempunyai lain perangainya dengan orang lain kan ? Setiap manusia ada matlamat hidup dorang sendiri. ALLAH jadikan kita berbeza sebab dengan berbeza itulah kita boleh saling melengkapi kan ? hehe

    Kesimpulannya, antara kawan, sahabat mahupun teman. Yup, tiga perkataan yang mempunyai maksud yang tersendiri. Tapi ianya saling berkait. Dari kawan ia menjadi teman dan akhirnya akan menjadi sahabat. Tetapi ingatlah carilah kawan yang boleh membawa kita menjadi yang lebih baik. Sahabat yang sejati juga sukar dicari. Tapi INGATLAH ! ALLAH sentiasa disisi kita dalam susah mahupun senang. 

    Sumber GoogLe



    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Monday 28 January 2013

    Wordless Wednesday #14



    Sumber Google !


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    ALLAH masih ada dengan kita !

    Assalammualaikum semua !

    Jom layan lagu ni !

    Lagu yang tersimpan seribu makna yang akan membuat kita lebih kuat mungkin.

    Hayati setiap kata-kata.




    Pernah hati ini terguris 
    Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
    Sehingga terasa diri ini hina
    Kerana tiada siapa yang sudi membela
    Kutabahkan hatiku harungi hidup
    Biarpun tiada siapa yang menemani
    Keseorangan aku di lautan sepi
    Ditinggalkan mereka yang aku percayai

    Namun ku tahu ada hikmahnya
    Setiap segala yang menimpa diri
    Kuserahkan segala padaMu Tuhan
    Yang berkuasa jua mencipta
    Kerana engkau MAha Mengetahui 
    SEgala apa yang terbuku di hati

    C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
    Menahan dugaan yang mencabar ini
    Terasa bagai noktah telah kutemui
    Mengakhiri segala yang telah aku mulai
    Ya Allah engkau lindungilah aku
    Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
    Agar tabahku menghadapi dugaan
    Agar tidakku berhenti di pertengahan

    Kini di sini aku berdiri
    Bersama harapan yang tulus suci
    Agar terbitlah kembali menteri pagi
    Setelah malamku berkalut benci

    lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)

    Sumber Pakcik Google

    * Terjumpa lagu ni masa diri ini dalam menimpa dugaan yang rasanya tak kuat untuk dihadapi.. tapi INGATLAH ALLAH tu sentiasa ada untuk kita.. 


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

    Sunday 6 January 2013

    Segmen : Saya Blogger Negeri Selangor.

    Assalammualaikum..

    Selamat Hari Ahad !

    Semoga semuanya baik-baik sahaja ye.. :)

    Aiyaaa lamanya tak join mana-mana segmen ni.. 

    Tension2 study untuk final exam joinlah segmen ni.. 

    Hari ini nak join segmen dari blogger Apit..



    Mai-mai meriahkan segmen ni..

     Nanti cuti semester boleh blogwalking melawat blogger yang lain.. hehe

    NuRuL blogger dari Selangor !

    Macam-macam ada di sini.. hehe Nasi ambeng pasti dinegeri lain tak ada kan? ada mungkin ada tapi pasti susah nak jumpa kan? hehe betul tak? Selangor ada i-CITY negeri lain ada? tak ada kan? hehe

    NuRuL tag Miz Ruha ye..

    Ok done !


    ! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !