Saturday 20 August 2011

Tanda 100 Hari Sebelum Kematian


Tanpa kita sedari saat demi saat masa kematian kita makin hampiri kita. 
Mungkin esok? lusa? Kita sendiri pun tak tahu bila kita akan dijemput menghadap-Nya..



3 Perkara yang ditinggalkan selepas meninggal dunia


Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."





“TANDA 100 HArI SEBELUM MATI”

“Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
“TANDA 40 HARI”
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

“TANDA 7 HARI”
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
“TANDA 3 HARI”
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
“TANDA 1 HARI”
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
“TANDA AKHIR”
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.”
credit to berita-harian

! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Wednesday 17 August 2011

Hebat Betul Kuasa Maaf Kan???

Assalammualaikum semua..:D


Kuasa maaf memang hebat.. Korang percaya tak? 
Buatlah salah apa pun, kalau mintak maaf insyaAllah dimaafkan walaupun 
kadang-kadang tu kita x dapat dimaafkan tapi lama-lama mesti dimaafkan right???

Haa itulah satu-satunya senjata orang y bersalah iaitu minta maaf. Tapi xsemua kesalahan tu boleh dimaafkan dengan minta maaf, sesetengah tu kena hukum dulu. Selasai hukuman barulah maaf akan diberi. Tujuannya untuk memberi pengajaran. Yelah kalau buat salah je mintak maaf so makin ramailah y buat kesalahan.

Contohnya disepaknya kita, lepas tu mintak maaf. Wah. banyak cantik! Kalau dengan alasan y munasabah boleh terima lagi tapi kalau saja-saja??? Pikir-pikirkan lah ye...hehe

Apa-apa pun, kuasa maaf besar sekali dalam hidup kita. So, dengan kesempatan ini aku ingin meminta maaf  atas segala salah silap aku okeh.. Ada terkasar bahasa ke? Maaf ya..:)


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Kempen "Giveaway Duet Raya 2011"


copy banner dengan ghairah oke..hehe

nak join click je banner tu untuk terus terbang ke blog penganjur..

siap!


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Tuesday 16 August 2011

wordless Wednesday #2

Salam semua..:D




! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Macam-Macam Jenis puasa

Asslammualaikum semua...:)
Dah masuk hari ke-17 kita dalam bulan Ramadhan ni kan kawan-kawan..
haa macam mana puasa kali ni?

Entry kali ni dipetik dari salah sebuah buku motivasi..
Eh rajin betul aku baca buku motivasi eak??? (perasaan kot..)





Ada lima golongan orang yang berpuasa ni..

1. Puasa orang yang tak berapa faham. Dia puasa gak, dia terawikh gak, dia sahur gak, dia buka gak, tapi sebenarnya dia tak berapa faham! Laa...macam tu pulak! Tak faham? Lakukan puasa hampir sama dengan usia. Sekarang usia dah 40 tahun. Semoga kita bukan orangnya tu.


2. Puasa orang yang tak paham. Tadi tak berapa faham, boleh tahan. Yang ini tak faham langsung, tak faham pasal apa, untuk apa, kenapa, bagaimana? Ikut suka hati dia aje nak buat, ya? Semoga bukan kita orangnya tu.

3. Puasa orang yang buat-buat tak faham. Ilmu tak ada sebenarnya, tapi buat-buat ada ilmu, buat-buat faham sangat, buat-buat tahu sangat,. Puasa ikut-ikut gitu. Jugak semoga kita bukan kita orangnya.

4. Puasa orang buat-buat tak faham. Tadi buat-buat tak faham, y ni buat-buat tak faham. Alah, macam kita masih budak-budak dulu. Haus sangat, kita pun minum air di paip. Emak tegur, lepas tu jawab, "Alamak. terlupalah, mak." Padahal memang nak minum. Semoga kita juga bukanlah orangnya.

5. Puasa orang yang tak faham-faham. Laa... yang ini mungkin y paling teruk. Setakat tak faham boleh tahan, buat-buat faham boleh tahan, tak faham boleh tahan, tak berapa faham pun lebih kurang tapi kalau tak faham-faham, ni memang susah bangat. Susah sangat sebab memang tak faham-faham. Puasa puasa jugak, tapi macam tak faham-faham!


Korang kategori yang mana satu? Puasa orang yang tak berapa faham ke, puasa orang yang tak faham ke, puasa orang y buat-buat faham ke, puasa orang y buat-buat tak faham ke atau puasa orang yang tak faham-faham?


Kesemuanya teruk-teruk belaka walaupun satu daripadanya paling teruk, iaitu puasa orang y tak faham-faham. Aku percaya korang dan kita semua bukan dalam kategori golongan ni. Puasa kita ialah puasa orang y faham. Kita memang faham, memang reti, memang tahu, memang luar biasa bagus dan hebat sekali. Kalau tak? kalau tak, korang termasuk dalam dalam lima golongan y aku sebutkan tadi. Masih ada peluang untuk kita perbaiki. Selamat menjalani ibadah puasa untuk bekalan hari dibangkitkan semula.


"Jauh pejalanan luas pandangan. Usah terlalu jauh berjalan, nanti tak nampak jalan pulang"



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Monday 15 August 2011

Fasa Pengampuan (maghfirah)



Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada di fasa ke-2  bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.

Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya.

Banyakkan membaca doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa

 
Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami.


Ayuhlah kaum muslimin dan muslimat sekalian, kita melipatkali gandakan amalan pada bulan Ramadhan ini dan meneruskannya pada malam 10 terakhir  dan semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua.
insyaAllah...aminn


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Sunday 14 August 2011

Syieda_Joy 1st GA

Salam semua..:)
join GA lagi lah nampaknya..



nak join click je banner tu k..:D

done!


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Kecik Nak Bagi Kad Raya Laa..

Nak kad raya x???
kalau  nak mai lah join contest si kecik ni...
kasi tekan je banner ni ok...:)




sekarang ni sibuk dok sms je fb je wish raya...
nak jugak kad raya..:)

Settle!


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Saya Anggun Berbaju Kurung (perempuan)

kali ni nak join contest pula...
nak join jom click banner tu ok..:)



tajuk pun saya anggun berbaju kurung kan???
mestilah gambar pun berbaju kurung...
taraa...


maaf terover pink pula..
jangan marah ye..:D

Gambar ni diambil time last kuliah before kita orang final..
n habis program matrikulasi...hehe

Baju ni lah y first aku beli time mula berjinak-jinak dengan colour PINK..
wooow..

ok done!



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

GA duit raya dari niera

Alamak segmen lagi ke?
kali ni mahu join GA pulak...
HAHA


Pendapat tentang blog beliau???
ape eak???

Blog anda penuh dengan colour pink..:D
btw nice blog dear...

tag kat akak Unguunik..

Haa sebelum tu nak ucap welcome tu USIM ya..
hehe


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Renungan Ramadhan 15


Assalamualaikumwarahmatullah, 

Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 

Sifat pemurah merupakan salah satu daripada sifat-sifat orang beriman dan lebih-lebih 
lagi oleh kerana bulan Ramadhan merupakan bulan kebajikan, maka sifat pemurah telah 
menjadi lebih terserlah.  Rasulullah (saw) yang menjadi ikutan kita telah memberikan 
contoh yang terbaik dalam hal ini. 

Kedermawanan beliau pada bulan Ramadhan berlipat ganda dibanding bulan-bulan lainnya, sebagaimana kemurahan Tuhannya berlipat ganda  pada bulan ini. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (r.a.) bahawa: 

“Nabi (saw)  adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan 
Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur’an.  Jibril 
menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya AlQur’an. Rasulullah (saw) ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada 
angin yang berhembus.”  
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Kedermawanan adalah sifat murah hati dan  banyak memberi. Allah pun bersifat Maha 
Pemurah, Allah Ta’ala Maha Pemurah, kedermawanan-Nya berlipat ganda pada waktuwaktu tertentu seperti bulan Ramadhan.  

Bulan Ramadhan adalah saat Allah berderma kepada para hamba-Nya dengan rahmat, 
ampunan dan pembebasan dari api Neraka, terutama pada Lailatul Qadar Allah Ta’ala 
melimpahkan kasih-Nya kepada para hamba-Nya yang bersifat kasih, maka barangsiapa 
berderma kepada para hamba Allah niscaya Allah Maha Pemurah kepadanya dengan 
anugerah dan kebaikan. 

Membantu orang-orang yang berpuasa dan  berdzikir untuk senantiasa taat, agar 
memperoleh pahala seperti pahala mereka; sebagaimana siapa yang membekali orang 
yang berperang maka ia memperoleh seperti pahala orang yang berperang, dan siapa 
yang menanggung dengan baik keluarga orang yang berperang maka ia memperoleh pula 
seperti pahala orang yang berperang. 

  Dinyatakan dalam hadits Zaid bin Khalid dari Nabi (saw)  beliau bersabda: 
 “Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala 
ovang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya. “  
(hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi). 

Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama  merupakan sebab masuk Surga. 
Dinyatakan dalam hadis Ali radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi(saw) bersabda: 

“Sungguh di Surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari 
dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. “ Maka berdirilah kepada beliau 
seorang Arab Badui seraya berkata: Untuk siapakah ruangan-ruangan itu wahai 30
Rasulullah,?jawab beliau: “Untuk siapa saja  yang berkata baik, memberi makan, selalu 
berpuasa dan shalat malam ketika orang-orang dalam keadaan tidur. “ 
 (Hadis Riwayat. At-Tirmidzi dan Abu Isa berkata, hadits ini gharib) 

Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama lebih dapat menghapuskan dosa-dosa 
dan menjauhkan dari api Neraka Jahannam, terutama jika ditambah lagi shalat malam.  
Dinyatakan dalam sebuah hadis bahwa Nabi (saw)  bersabda:  

“Puasa itu perisai dan benteng kokoh yang melindungi seseorang dari api Neraka”.  
(Hadis riwayat Ahmad) 

Dalam hadis lain,  dari Mu’adz(ra) bahawa Rasulullah (SAW)  bersabda: 

“Sedekah dan shalat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana 
air memadamkan api” 
(Hadis riwayat At-Tirmidzi) 

Kita maklum bahawa adalah sukar untuk menjaga puasa yang sempurna.  Biasanya tentu 
terdapat kesilapan atau kekurangan.  Maka sedekahlah yang bakal menampung 
kekurangan atau ketidak-sempurnaan ini.   

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan dan keikhlasan untuk beramal..



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Segmen : Baju Raye Warne Ape??

Assalammualaikum..:)
Waa kali ni nak join segmen lagi...
Jangan jelous..HAHA





korang kalau nak join tekan je banner tu k..

Haa baju raya saya tahun ni warna ape pun saya x tahu...
Bajet macam banyak je kan??? hehe

Tema kali ini warna purple..
Tapi baju xikut tema warna putih n coklat..:D


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Terima Kasih...


wahhh hari ini aku terharu sangat pada seorang blogger ni...
dia buat entry pasal aku...
sebab aku jadi follower yang ke-200 beliau maa...
xsangka pun sebab semalam aku saja BW untuk segmen En Anif Abdullah ni..
so gua mahu ucap terima kasih lah pada si blogger tersebut...
nak tengok siapa dia eynalolipop...
mai tengok apa y beliau perkatakan tentang aku BudakBelagak..
hehe


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Saturday 13 August 2011

SEGMEN : APA AKU BUAT BILA BOSAN ?


Sebelum ni nak join segmen y Athira wat xsempat so kali ni join segmen lain pula..:D

Bila bosan aku buat ape???

>>> online..

>>> Kacau orang.

>>> Blogwalking.

>>> Berangan...HAHA

>>> Tidur..

>>> Main game..

>>> Dengar lagu..

>>> Layan  movie..

>>> Join segmen kat blog..

>>> Makan..

>>> Jalan-jalan...

tu je kot...otak blurr jap xleh pikir lagi dah..hehe





! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

SEGMEN : GUA KIDAL KE GUA KANAN KE, GUA PUNYER SUKA LAH!

First aku memang nak gelak r bila baca tajuk entry ni...
Ayat xboleh blaa kan??? HAHA
tapi aku peduli pe disebabkan tajuk entry best aku nak join segment ni..
thankz pada azeelia azman yang anjurkan ok!

Syarat first Done follow!


Syarat kedua settle!


Next letak header yang xberapa comel ni ok..




Last sekali aku nak bagi tahu yang aku bukan kidal ok!

Gua kidal ke gua KANAN ke.. gua punya suka lah!
HAHA



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Friday 12 August 2011

Jangan..



Jangan sekadar mengetahui
Tetapi cubalah mengerti...
Jangan sekadar menyalahkan
Tetapi cubalah memaafkan..
Jangan sekadar melihat 
Tetapi cubalah mendekati...
Jangan sekadar mengingati
Tetapi cubalah memperolehi...
Jangan sekadar meminta
Tetapi cubalah berusah..
Jangan sekadar berjanji 
Tetapi cubalah menepati...
Jangan sekadar bermimpi
Tetapi cubalah hadapi realiti..
Jangan berhenti bergerak ke arah destinasi
Yakinlah pada diri
bahawa ada kesudahan yang lain
Di hunujung perjuangan ini!!!



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Wednesday 10 August 2011

" Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "


Nak join segmen lagi...hehe
kali ni join y ini pulak..
Segmen Blog Travelling...:D


Korang kalu nak join click je gambar di atas ni ok..:)

Nama : Nurul Sa'adah binti Mohamad Rusman.

Hobi : Main Bowling.

Done!



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

SEGMEN : FAKTA TENTANG DIRI INI BUDAK BELAGAK


Fakta tentang diri ini...

>>> Budak class aku panggil aku sa'ad..xtaw cmne boleh lekat nama tu..HAHA 

>>> Boleh menjadi seorang yang pendiam apabila hati aku ni disakiti..

>>> HAHA yang ni memang pelik sikit sebab aku suka sangat gigit dan makan ais..

>>> Aku tak suka orang guna barang aku tanpa pengetahuan dan kebenaran aku...

>>> Bila dirumah xsuka pegang handphone...hehe

>>> Bila tension suka sangat main bowling...

>>> Tak suka bila ditipu...

ok tu je tentang diri ni wahai cik Athira..:D



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Tuesday 9 August 2011

wordless Wednesday #1








Kuasa Allah...:)


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Kerana Takdir...




Teman,
Kerana takdirlah kita membawa haluan masing-masing,
Kau dengan cara kau, aku dengan cara aku,
Namun....
Perpisahan itu telah aku relakan,
Biarpun pahit mencengkam jiwa,
Biarpun tercalit rasa rindu ditususk sembilu, 
Aku redha...kerana takdir-Nya sebegitu...

Kerana takdir-Nya aku berada disini,
Aku kuatkan hati dan semangat yang kecil ini,
Meneruskan kehidupan yang tidak pernah aku duga,
Namun aku binggung untuk menyelesaikan masalah ini...

Doaku...
Agar tiada hasad dengki dan dendam yang tepahat di hati,
Agar kisah yang berlalu terus mengejar masa,
Walau tidak dapat aku lupakannya,
Kerana takdir-Nya aku juga tahu erti cinta...

Pintaku...
Salam kemaafan andai terhiris hati,
Andai rindu yang terpahat dihati terpendam selamanya,
Tatkala mimpi indah bertukar menjadi elergi sepi,
Kerana takdir-Nya juga dugaan yang pahit aku terpaksa telan...
Pastinya aku pasrah dan redha,
Kerana semuanya itu suratan takdir-Nya...




! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Monday 8 August 2011

Tanah Runtuh???

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan negeri Pahang diminta mengkaji mengenai penempatan semula perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di sini yang mengalami tanah runtuh semalam. 

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah perkara itu sememangnya perlu dikaji kerana sudah lama penduduk terbabit tinggal di kawasan itu.

"Saya harap dalam jangka panjang, kerajaan negeri dapat mengkaji penempatan semula khususnya di Kampung Sungai Ruil ini, sudah lama mereka berada di kawasan itu," titah baginda ketika melawat pusat pemindahan mangsa tanah runtuh perkampungan Sungai Ruil di sini di pusat Pemindahan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Brinchang di sini.


Baginda juga bertitah supaya enam rumah Orang Asli yang musnah dalam kejadian itu, dibina semula bagi membantu mereka meneruskan kehidupan. 

Tengku Abdullah seterusnya meminta Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan terhadap anak-anak Orang Asli yang ditempatkan di dewan itu selain memastikan kebersihan di kawasan tersebut sentiasa terpelihara. 

Baginda bertitah, kerajaan negeri Pahang akan memberi bantuan RM5,000 kepada waris setiap mangsa yang meninggal dunia dan RM1,000 kepada yang cedera dalam kejadian tanah runtuh tersebut. 

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau akan mengarahkan Jabatan Kesihatan negeri Pahang memastikan kebersihan makanan dan tempat tinggal penduduk kampung Sungai Ruil yang ditempatkan di dewan tersebut sentiasa terjaga, selaras dengan titah baginda. 
"Saya juga akan meminta mereka membuat pemeriksaan kesihatan terhadap penduduk yang dipindahkan di kawasan tersebut iaitu sebanyak 590 orang," katanya. - BERNAMA



**Actually tempat ni lah y akan kita orang akan lawati untuk sem3 nanti pada bulan september ni..tapi bila dah jadi camni perlu atau tak kita orang teruskan cadangan untuk pergi ni???  




! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Segment Nak Kumpul Link

Salam semua...:D
Haa kali ni aku nak join segment dari Encik z pula..
First time ni nak join..hehe





tarik tutup pada hari kesebelas puasa...
Jom join jom!!! 
Segment menggunakan method F+E+C..




! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Sunday 7 August 2011

Done Terjah Blog Segmen Freaky...

Assalammualaikum...
BW segmen tu telah pun tutup...
sebab dah capai 200 blog dah...
pada y xdapat join tu..
kasi nangis sikit ya! HAHA

Pee setakat ni baru dua group kumpulan aku terjah...
Esok aku mahu sambung terjah lagi..
hehe

Ok lah good morning..
jom3 bangun SAHUR....
hehe





! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Saturday 6 August 2011

4tahun Aje Bah...

Assalammualaikum semua..:D
Haa macam mana hari ketujuh kita puasa ni???




Daripada gambar ni aku terdetik dan terfikir di mana aku selepas 4 tahun nanti kan???
Di rumah??? Alam lain??? ataupun aku dah berjaya dalam hidup???
Semua tu bermain di dalam fikiran aku.. ^_^

Sebelum ini ada jugak aku terfikir untuk berhenti belajar dan nak kerja...
Bukan sebab apa tapi kadang-kadang aku rasa down sangat bila aku x dapat paham apa yang aku belajar...
Kadang-kadang dengan dugaan yang agak berat bagi aku..
Di kala aku hilang semangat...

Dengan kata-kata itu baru aku tahu kita hidup dunia hanya sementara...
tapi bagaimana kita hargai peluang yang diberi pada kita???
Apa perasaan pada mereka y nak continue study tapi tak dapat???
Tapi kita y dh ada peluang tu kita sia2 kan???
Bangunlah wahai BudakBelagak...

Fikirkanlah pengorbanan y telah parent anda lakukan...
Mereka nak anda berjaya nanti...
Berjaya dalam hidup...:D

3tahun je lagi untuk aku habiskan degree ni...
Alhamdullilah selesai sudah setahun di alam university... 
Di alam university hanya 4tahun tapi..
Di alam pekerjaan lebih daripada 4tahun itu...

Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal!!!



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Dikerat 15???





KUALA LUMPUR 6 Ogos - Polis hari ini mengesahkan mayat wanita yang ditemui dikerat di sebuah apartmen di Ampang pada Rabu lepas adalah warganegara asing.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, pengesahan itu berdasarkan analisis cap jari mayat terbabit.

Bagaimanapun negara asal mangsa masih belum dikenal pasti, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
"Polis masih mendapatkan maklumat lanjut berhubung pekerjaan serta tempoh jangka masa mangsa berada di sini,” katanya.

Mengenai mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui bersama keratan mayat wanita itu, Amiruddin berkata, pihaknya kini menunggu laporan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan sama kedua-dua mangsa mempunyai pertalian darah.

Rabu lepas, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggar berusia antara lima dan enam tahun. - Bernama

p/s Macam-macam sekarang...



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Umpama Mimpi Dalam Mimpi



Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari


Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita



Luka yang tak terasa
Mengalair darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara



Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu



Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta



Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi



Umpama mimpi dalam mimpi




! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Renungan Ramadhan 7



Nabi (saw) mengingatkan kita bahwa di kalangan orang yang berpuasa, ada yang tidak 
memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga.  Dan di sana pula terdapat golongan yang 
berpuasa  dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan.  Di dalam spektrum 
yang begitu luas, di manakah kita? 

Untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita 
perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara 
lain yang membatalkan puasa.  Kita perlu juga menghidupkan sunat dan adab puasa 
seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran.    
Tetapi itu saja tidak mencukupi.  Menurut  Sheikh  Said Hawwa  di dalam kitabnya alMustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi,  terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi 
perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya: 

a. Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau 
memperdalamkan  penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala 
sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama.  Demikian pula melihat 
apa saja yang menyebabkan  hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah. 

b. Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang 
melampaui batas, atau berkata kotor, atau berkata yang sia-sia, atau berdusta  atau 
mengumpat, atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau 
memamerkan diri sendiri.  Sebaliknya  hendaklah diam atau mengurangkan bicara 
yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah gemar membaca 
al-Quran atau kitab-kitab agama. 

c. Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab 
setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya. 

d. Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan 
kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang  terlarang menurut kacamata  agama.  
Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga 
yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa. 

e. Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika 
berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut  sekan-akan tidak memuatnya 
lagi.  Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh 
terisi.  Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah 
orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka?  
Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti 
di waktu berbuka?  Pada siangnya, masih ketika berpuasa,  ia membeli ini dan itu 
yang berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali.  Maka 
tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil.  Sewajarnya,  
sediakanlah makanan dan makanlah sekadar  seperti mana hari-hari biasa di bulan 15
lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi 
nafsu. 

f. Hendaklah hatinya menggantung  harap dan takut mengenai diterima atau tidak 
puasanya hari itu.  Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada 
kepastian.  Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabin yang 
mempunyai pelbagai keistimewaan.  Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam 
golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai-Nya.  Orang yang 
tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada 
kemungkinan tidak demikian.  Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah 
tidak menerima malannya!   


Semoga Allah swt  menerima membantu kita mengamalkan dan istiqamah dengan 
keenam-enam perkara di atas ke arah meningkatkan kualiti puasa kita. 

p/s sumber google



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !