Tuesday 16 August 2011

Macam-Macam Jenis puasa

Asslammualaikum semua...:)
Dah masuk hari ke-17 kita dalam bulan Ramadhan ni kan kawan-kawan..
haa macam mana puasa kali ni?

Entry kali ni dipetik dari salah sebuah buku motivasi..
Eh rajin betul aku baca buku motivasi eak??? (perasaan kot..)





Ada lima golongan orang yang berpuasa ni..

1. Puasa orang yang tak berapa faham. Dia puasa gak, dia terawikh gak, dia sahur gak, dia buka gak, tapi sebenarnya dia tak berapa faham! Laa...macam tu pulak! Tak faham? Lakukan puasa hampir sama dengan usia. Sekarang usia dah 40 tahun. Semoga kita bukan orangnya tu.


2. Puasa orang yang tak paham. Tadi tak berapa faham, boleh tahan. Yang ini tak faham langsung, tak faham pasal apa, untuk apa, kenapa, bagaimana? Ikut suka hati dia aje nak buat, ya? Semoga bukan kita orangnya tu.

3. Puasa orang yang buat-buat tak faham. Ilmu tak ada sebenarnya, tapi buat-buat ada ilmu, buat-buat faham sangat, buat-buat tahu sangat,. Puasa ikut-ikut gitu. Jugak semoga kita bukan kita orangnya.

4. Puasa orang buat-buat tak faham. Tadi buat-buat tak faham, y ni buat-buat tak faham. Alah, macam kita masih budak-budak dulu. Haus sangat, kita pun minum air di paip. Emak tegur, lepas tu jawab, "Alamak. terlupalah, mak." Padahal memang nak minum. Semoga kita juga bukanlah orangnya.

5. Puasa orang yang tak faham-faham. Laa... yang ini mungkin y paling teruk. Setakat tak faham boleh tahan, buat-buat faham boleh tahan, tak faham boleh tahan, tak berapa faham pun lebih kurang tapi kalau tak faham-faham, ni memang susah bangat. Susah sangat sebab memang tak faham-faham. Puasa puasa jugak, tapi macam tak faham-faham!


Korang kategori yang mana satu? Puasa orang yang tak berapa faham ke, puasa orang yang tak faham ke, puasa orang y buat-buat faham ke, puasa orang y buat-buat tak faham ke atau puasa orang yang tak faham-faham?


Kesemuanya teruk-teruk belaka walaupun satu daripadanya paling teruk, iaitu puasa orang y tak faham-faham. Aku percaya korang dan kita semua bukan dalam kategori golongan ni. Puasa kita ialah puasa orang y faham. Kita memang faham, memang reti, memang tahu, memang luar biasa bagus dan hebat sekali. Kalau tak? kalau tak, korang termasuk dalam dalam lima golongan y aku sebutkan tadi. Masih ada peluang untuk kita perbaiki. Selamat menjalani ibadah puasa untuk bekalan hari dibangkitkan semula.


"Jauh pejalanan luas pandangan. Usah terlalu jauh berjalan, nanti tak nampak jalan pulang"



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

No comments: