Thursday 4 August 2011

Renungan Ramadhan 5

Alhamdullilah sudah hari kelima kita dalam menjalani ibadah ini..
hayatilah kata-kata ini..
*
*
*

Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 

Ketahuilah  bahawa  puasa yang sedang kita jalani ini merupakan jalan singkat untuk mendapat rahmat, pahala dan keberkatan dari Allah. 
  
Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai 
keistimewaan pada hari qiamat.  Sahal bin Sa’ad berkata bahawa Nabi (saw) bersabda: 
“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut “rayyan”.  Akan diseru pada 
hari qiamat: “ Mana orang yang berpuasa?”. Lalu bila orang yang terakhir dari mereka 
telah masuk, maka pintu itupun ditutup”. 
 (hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Puasa ini juga bakal menjadi pembela dan  pemberi syafaat kepada kita.  Menurut Abdulah bin Umar (ra), Nabi (saw) bersabda: 

“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari qiamat.  Berkata  
puasa: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan 
sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu”.  Dan berkata pula al-Quran: “ Engkau 
larang ia tidur di waktu malam, sekarang  ia meminta syafaat padaku mengenai itu”.  
Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.” 
 (hadis riwayat Ahmad) 

Orang yang berpuasa akan bergembira apabila bertemu dengan  Tuhannya nanti seperti  hadis  dariAbu Hurairah  bahawa Nabi (saw) bersabda: 

“ Dan orang yang berpuasa itu beroleh  dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di 
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui Tuhannya 
nanti, ia akan gembira kerena puasanya.” 
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i) 

Jelas kepada kita status atau kedudukan  orang-orang yang berpuasa.  Memang dalam mengerjakan puasa itu terdapat kesukaran, keletihan dan kesusahan.  Memang puasa memerlukan pengorbanan dan kesabaran.  Tetapi yakinlah dengan janji Allah melalui lisan Nabi-Nya ini.  Puasa bakal memohon syafaat bagi kita.  Kita mempunyai keistimewaan  dengan pintu khas untuk masuk ke syurga.  Dan kita akan bergembira bukan sahaja ketika berbuka  tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti.  Inilah kegembiraan yang hakiki.  

Semoga Allah menggabungkan kita ke dalam  orang-orang istimewa dan memperoleh syafaat dari puasa yang kita kerjakan. 




Sumber Google..
! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

No comments: