Wednesday 3 August 2011

Mengimbau Kenangan Zaman Matrikulasi

11 mei 2009..Satu tarikh yang tak akan aku lupakan dalam diri ini. Aku telah mendaftarkan diri aku ini ke salah sebuah tempat yang dimana aku sendiri tak pernah terpikir untuk menjejakkan kaki di sini iaitu Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Aku telah ditawarkan dalam program Perakaunan bersama beberpa rakan sekolah ku yang lain.


      Seperti biasa minggu pertama selepas pendaftaran adalah minggu orientasi. Kesibukan agak terlihat pada wajah kakak-kakak dan abang-abang fasilitator serta kami. Alhamdullilah minggu orientasi ini tak seperti yang aku bayangkan. Terima kasih kepada kak daya selaku fc aku. Pelbagai input beliau bagi untuk aku menjalani kehidupan di alam pra-universiti ini.

      Hari tetap berjalan seperti biasa dan aku mula menjalani kehidupan ini. Penuh dengan kuliah, tutorial, kuiz serta assignment. Di sinilah bermulanya episod baru bagi aku yang bergelar pelajar program matrikulasi. Berjauhan dengan keluarga menyebabkan aku belajar berdiri di kaki sendiri. Kehidupan ini mengajar aku erti sahabat, kesabaran, kasih sayang, kehidupan, Kesusahan serta pengorbanan.
     
  Terlalu sukar bagiku untuk mencari sahabat yang susah dan senang bersama. Selama ni aku tak pernah merasai kehidupan tanpa seorang sahabat disisi. Tapi disini lah semuanya bermula. Keseorangan itu biasa bagiku untuk meneruskan perjuangan aku di sini. Tak lupa kepada sahabat aku yang banyak memberi kata-
kata semangat buatku. Itulah erti sahabat bagiku.



 Pelbagai rintangan perlu aku tempuhi untuk menghabiskan program ini. Dengan bertemankan air mata sahaja di kala malam menjelma. Sabarnya hati aku menempuh dugaan yang tak pernah putus. Mama lah tempat aku meluah rasa setiap hari. Berpuluh ringgit aku gunakan hanya untuk menelefon mama. Rasanya tak tenang 
apabila sehari aku tak mendengar suara beliau.



Masa terus berjalan dan akhirnya semester pertama telah pun tamat. Kembalilah aku untuk ke semester kedua pula tapi hati aku makin lama makin...makin semakin lemah dan putus asa. Aku dah tak tahan untuk meneruskannya lagi. Aku bertekad untuk berhenti tapi dengan semangat yang mama beri aku teruskan jua program matrikulasi ini walaupun aku terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan cubaan. Aku tak mampu untuk menghampakan harapan keluarga aku. 



Aku cuba menggembirakan diri aku tapi hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati dan jiwa aku di kala hidup di perantauan mencari ilmu. Jika di ingat kembali zaman itu, aku rasa bertuah sebab aku dah belajar hidup di negeri orang dan berpisah seketika dengan keluarga tersayang.

Segalanya hanya tinggal kenangan yang tak mungkin aku dapat lupakan. Itu lah titik mula aku selepas tamat persekolahan. Terima kasih buat pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan. Kalau bukan kerana anda semua tak mungkin saya dapat berdiri di mana saya berdiri sekarang.:D


Pendorong aku dikala aku putus asa..




! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

No comments: