Tuesday 31 July 2012

Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Universiti Sains Islam Malaysia aka USIM

Assalammualaikum...

Haa lapar x ?

Aippp..aipp... puasa-puasa...

Jom join segmen lagi !

Nak join click banner kat bawah ini ok !



Ok done !

Haa sebelum tu pasti ramai tak tahu USIM tu ? USIM tu kat Nilai, N9 ye kawan-kawan.

Selamat berpuasa... ^_^

Salam dari pantai barat...

Eh ada ke pantai barat ? hehe

Wassalam...


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

wordless Wednesday #8




! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Monday 30 July 2012

Ada Apa dengan Kurma !

Assalammualaikum...

Alhamdullilah, kita sudah hampir sebelas hari dalam bulan yang mulia ini...

Selamat Berpuasa... ^_^


******




Anda tahu khasiat kurma ?

Mungkin ada setengah daripada kita tidak menggemari kurma ini. Tapi perlu kita ketahui bahawa betapa banyaknya khasiat yang ada apabila kita memakannya. Terutama dalam bulan Ramadhan ini. Serba sedikit akan mengekalkan tenaga kita.

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.  Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.


Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk. Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Wassalam...

! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Renungan Ramadhan 10

Assalamu alaikum warahmatullah,

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ramadhan yang penuh keberkatan ini disambut di seluruh dunia secara serentak. Walaupun, oleh kerana kedudukan geografi yang berlainan, kita tidak dapat menyambutkan pada satu ketika yang sama.. tetapi semuanya menyambut pada satu tarikh yang sama yakni kemunculan anak bulan Ramadhan di tempat masing-masing.


Sesungguhnya Ramadhan membayangkan kesejagatan dan solidariti Islam. Di setiap detik dalam 24 jam, kita akan mendapati ada saja umat Islam yang sedang berpuasa, yang sedang berbuka, yang sedang bertarawih, membaca al-Quran, bersahur dan pelbagai aktiviti lain merai’kan Ramadhan mubarak ini.


Kita dapati umat Islam tediri dari pelbagai jenis warna kulit, bangsa, kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan. Namun dengan sambutan Ramadhan yang serentak; mereka bersatu dalam kepelbagaian ini. Jelas terserlah ruh ayat Allah:


Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta
alam.
( Surah al-Anbiyaa’:107)


Kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity) ini adalah ciri penting Islam. Kita berbeza bukan sekadar budaya dan warna kulit tetapi kadangkala sehingga dalam beberapa hal cara beribadah. Namun kita tetap bersatu di atas perkara pokok dan prinsip.


Misalnya tiada umat Islam yang mempertikaikan kewajipan puasa di bulan Ramadhan, tiada yang tidak bersetuju bahawa awal puasa ialah dengan melihat bulan, tiada yang membangkang jika dikatakan yang sakit dan dalam perjalanan dibenarkan berbuka dan tiada yang mengatakan solat malam di bulan Ramadhan itu amat digalakkan. Ini adalah perkara-perkara pokok dan prinsip dan tidak ada pertikaian mengenainya.


Namun di kalangan kita mungkin berbeza dari segi cara menentukan “anak bulan telah kelihatan” atau samada “orang yang dalam perjalanan yang mudah perlu berpuasa atau tidak” dan samada “ solat tarawih itu 20 rakaat atau 8” dan seumpamanya. Perbezaan pendapat yang kecil sedemikian tidak semestinya tidak menunjukkan ketidaksatuan; asalkan semuanya berdasarkan hujjah dan nas yang kuat.


Perbezaan pendapat sedemikian juga tidak semestinya menyebabkan kita berbalah; berkelahi atau rendah-merendahkan. Para sahabat pernah berbeza pendapat dalam bab puasa dalam perjalanan. 


Anas bin Maalik berkata:
"Kami sedang bermusafir bersama dengan Rasulullah (saw) semasa Ramadhan dan di
kalangan kami ada yang berpuasa, ada yang tidak berpuasa. Golongan yang berpuasa
tidak menyalahkan orang yang tidak berpuasa dan golongan yang tidak berpuasa tidak
menyalahkan orang yang berpuasa.
[ hadis riwayat Bukhari and Muslim]


Itulah sikap sahabat-sahabat Nabi (saw) yang harus kita contohi. Tidak ada sebab untuk kita merendah-rendahkan amal perbuatan orang lain atau merasa diri kita lebih besar, lebih hebat, lebih banyak amal, lebih wara’, lebih tinggi darjat taqwa berbanding dengan mereka yang mempunyai kelainan dari sudut perkara-perkara khilafiyah sebegini. Ingatlah pesanan Allah:


Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang
lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang
mengolok-olokkan)
(surah al-Hujurat: 11)


Berhati-hatilah dengan jarum-jarum halus yang bakal merosakkan amal kita. Jangandilayan perasaan bahawa kita lebih baik dari mereka kerana kita melaksanakan sesuatuamal yang lebih lebih banyak, lebih kerap, lebih sempurna sambil kita memandang rendah orang lain.


Boleh jadi juga dalam keghairahan mencari yang lebih ‘benar’ dan lebih ‘banyak’ kita terpedaya dengan tipu-daya hawa nafsu kita yang memesongkan. Ingatlah, sebaik sahaja kita merasa diri kita lebih taqwa dari orang lain, di ketika itu bukanlah layak lagi kita digelar bertaqwa!


Wassalam... ^_^

Sumber : GoogLe


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Sunday 29 July 2012

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize

Assalammualaikum semua... ^_^

Selamat Berpuasa..



Saya pilih no 4 ye ! 

dan

Sy tagged kamoo...


Done !



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Thursday 26 July 2012

Gagal / Failed !

Assalammualaikum semua.

Selamat Berpuasa... ^_^


Ihsan Google



KEGAGALAN???

Setiap daripada kita manusia yang hidup di dunia ini pasti pernah melalui saat kegagalan. Dimana mungkin gagal dalam ujian, gagal dalam percintaan dan kemungkinan besar gagal dalam kehidupan. Tetapi siapa kita untuk menidakkan kegagalan itu. Anggaplah kegagalan itu pemangkin kekuatan untuk kita kembali bangkit meneruskan kehidupan yang sementara ini. Tiada seorang pun inginkan istilah gagal dalam kehidupan mereka. 

Dan kali ini aku gagal dalam mendapatkan lesen memandu kelas D. Ye, mungkin kegagalan itu membuatkan aku jatuh tapi ia sebagai pembakar semangat untuk aku lebih focus dan tidak akan sia-sia kan peluang yang kedua untuk mendapatkan  lesen kereta. Aku bukan gagal di bahagian jalanraya tetapi di bahagian bukit. Mungkin kerana aku terlalu gelabah dan cuak melihat pegawai jpj yang mukanya serius street gila ! HAHA


Dari En Google


Gagal sekali bukan beerti kita gagal selamanya. Masih ada ruang untuk kita bernafas mencari sinar kejayaan. " Bagi yang berjaya saya  ucapkan Tahniah dan teruskan momentum anda dan bagi yang gagal cuba lagi sekali untuk test yang akan datang " . Itulah kata-kata pegawai jpj haritu sebelum kami semua memulakan ujian memandu. Dan saya akan kembali untuk ujian itu untuk kali terakhir. InsyaALLAH. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin~~

Wassalam...  ^_^

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA !


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Thursday 19 July 2012

Ramadhan Kembali lagi !

Assalammualaikum..

Hai semua !

Semoga anda semua sihat walafiat hendaknya... ^_^




Alhamdullilah !


Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. 


Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.

Kehadirannya dinanti, 

pemergiannya ditangisi, 

ketiadaannya dirindui. 

Begitu hebatnya Ramadhan. 

Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. 

Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan... :)

Semoga Ramadhan kali ini membawa perubahan dalam hidup ini.

Salam Ramadhan buat semua !

Wassalam...


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Wednesday 18 July 2012

Tahap Empat Sudah Berlalu !

Assalammualaikum...

Hai awak !


Hey.. Hey.. Hey.. Sedar tak sedar sudah menghampiri sebulan cuti semester bagi pelajar degree seperti aku. Dan kini semestinya aku berada di rumah untuk menghabiskan masa-masa cuti y masih lagi banyak berbaki ini. hehe Cuti semester ni, aku pasti ramai yang kerja part-time untuk menambah duit poket. Lagi-lagi cuti ni sehingga raya. Horrraayyyy ! Dapat puasa sebulan dan raya di rumah. Tak payah susah-susah nak cari makanan untuk juadah berbuka dan bersahur nanti kan? Tidak seperti kehidupan di universiti dikala bulan Ramadhan menjelma. ^_^ 


Syukur Alhamdullilah. 


Eh.. eh.. Lari topik sudah ! Maaf ! Sudah dua tahun aku melanjutkan pelajaran aku di peringkat ijazah. Bermakna dua tahun lagi juga untuk aku mendapatkan segulung ijazah. Itupun jikalau tiada halangan yang menimpa diriku ini untuk menamatkan sesi pengajian aku di Universiti Sains Islam Malaysia aka USIM. Semoga ianya baik-baik sahaja. INSYAALLAH.. amin~~



Semester Empat sudah pun berlalu. Hanya kenangan yang dapat diungkapkan untuk menghabiskan semester ini. Ye, kita tidak lari dari sebarang dugaan dan dugaan itu menjadikan aku lebih kuat dari sebelumnya.



********

Dinner USIM & UUM
Kuala Gandah !
Birthday Di MCD !
Peace !
Orange Group !
SPARK project kami !


Semester five will be start on 10sept2012


- THE END-

! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Tuesday 17 July 2012

Kehidupan !

Assalammualaikum..

Hai semua !



Kehidupan ini sering mengajar kita apa itu erti persahabatan, kasih sayang, pertemuan, perpisahan, kesabaran, ketaqwaan dan sebagainya. Dan sebagai seorang yang bergelar manusia yang hidup di muka bumi ini, kita sama sekali tak lari dari semua itu kan? Pelbagai ujian dan dugaan yang kita semua akan lalui di dunia ini. Dan setiap ujian serta dugaan yang diberikan kepada kita, perlulah kita laluinya dan harunginya.


INGATLAH ! ALLAH, tak akan uji hambanya jika mereka tak mampu untuk memikul atau menanggung ujian dan dugaan yang mereka perolehi... :)

Dugaan dan ujian yang diberikan itu seolah-olah mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih bertanggungjawab, sabar dan seterusnya menjadikan kita lebih kuat untuk melalui atau untuk meneruskan kehidupan ini sebelum ajal menjemput kita kelak. Kita perlu ingat ! kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja kawan ! 



Ya, setiap orang mempunyai pengalaman yang tersendiri dalam kehidupan mereka. Dan sebenarnya pengalaman itulah yang mematangkan diri seseorang itu dalam meniti liku-liku kehidupan mereka. Kehidupan ini umpama roda yang berputar. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Cuma kita tak tahu bila masanya kita akan di atas dan bila kita akan di bawah kan? Tak semestinya orang yang berada di atas sekarang, mereka akan selama-lamanya di atas. Dan tak semestinya juga orang yang berada di bawah sekarang akan selama-lamanya di bawah.. Renung-renungkan dan selamat beramal. hehe

Apabila kita merasakan kehilangan atau kekurangan di dalam kehidupan kita, cubalah untuk kita merasai atau mendalami kehidupan mereka yang tak bernasib baik sebagaimana kita. Dengan itu, kita akan rasa lebih bersyukur dan merasa bukan kita sahaja yang susah tapi ada lagi manusia lebih susah kehidupannya daripada kita. 

Dan akhir sekali, hargailah kehidupan kita yang masih berbaki ini dengan perkara-perkara yang membahagiakan dan haragailah ianya sebaik mungkin. Hidup hanya sekali sahaja di dunia ini. 

Wassalam... :)


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Membuat Pilihan Itu Tidak Semudah Yang Disangka !

Assalammualaikum...


Hai, awk!






Hidup di dunia ini tak lari dari kita untuk membuat sesuatu pilihan. Tetapi adakah pilihan yang kita buat itu yang terbaik untuk kita atau pun sebaliknya??? INGATLAH ! Bahawa kita hanya mampu merancang tetapi DIA sebaik-baik perancangan. Ye, semestinya setiap hari kita diberi pilihan untuk melakukan yang terbaik ataupun sebaliknya. Terpulang pada diri kita untuk menentukannya. Kita dah cukup dewasa untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk kan? yang mana perlu kita dekati dan yang mana kita perlu jauhi kan? Andalah yang menentukan perjalanan hidup anda.


"Orang yang lemah akan berkata saya tiada pilihan tetapi orang yang hebat akan sentiasa menemui pilihan atau mencipta pilihan dalam hidupnya!"


Mungkin semasa muda kita cuma dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan hanya menggunakan satu cara atau pilihan. Tetapi setelah dewasa, semakin banyak belajar dan berguru telah membuatkan kita semakin mampu mencari atau menemui pilihan yang pelbagai. Setiap hari kita akan membuat pilihan seperti baju apa yang nak dipakai hari ini? nak buat apa hari ini? dan semua itu memerlukan kita untuk membuat pilihan. 


Kebiasaannya, pilihan yang dibuat kadang kala tiada apa-apa masalah yang akan timbul.. Tetapi kadang-kadang ianya kemungkinan ada masalah. Cuma bagaimana cara kita untuk membuat pilihan dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah apabila kita memutuskan untuk membuat sesuatu pilihan itu. Itulah yang dinamakan hidup.


Namun, kadang kala kita sukar untuk memutuskan sesuatu pilihan itu.


Sebagai contoh, seorang pelajar perlu membuat pilihan untuk memilih kos yang akan diambil untuk menyambung pelajrannya di peringkat Sarjana Muda. Dia perlu melilih kos yang betul-betul terbaik untuk masa depannya nanti. Solat Istikharoh adalah jalan terbaik untuk dia membuat pilihan tersebut.


Mudah-mudahan, kita semua dipermudahkan untuk membuat sebarang pilihan dalam hidup kita. Dan semoga ianya adalah pilihan yang tepat dan terbaik buat diri kita yang bergelar seorang manusia di muka bumi ini.


Wassalam... :)
! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Monday 16 July 2012

Promise Yourself


 ! PROMISE YOURSELF !
To be so strong that nothing
can disturb your peace of mind.
To talk health, happiness, and prosperity
to every person you meet.

To make all your friends feel
that there is something in them
To look at the sunny side of everything
and make your optimism come true.

To think only the best, to work only for the best,
and to expect only the best.
To be just as enthusiastic about the success of others
as you are about your own.

To forget the mistakes of the past
and press on to the greater achievements of the future.
To wear a cheerful countenance at all times
and give every living creature you meet a smile.

To give so much time to the improvement of yourself
that you have no time to criticize others.
To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear,
and too happy to permit the presence of trouble.

To think well of yourself and to proclaim this fact to the world,
not in loud words but great deeds.
To live in faith that the whole world is on your side
so long as you are true to the best that is in you. ” 


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !