Assalammualaikum semua.
Selamat Berpuasa... ^_^
Ihsan Google |
KEGAGALAN???
Setiap daripada kita manusia yang hidup di dunia ini pasti pernah melalui saat kegagalan. Dimana mungkin gagal dalam ujian, gagal dalam percintaan dan kemungkinan besar gagal dalam kehidupan. Tetapi siapa kita untuk menidakkan kegagalan itu. Anggaplah kegagalan itu pemangkin kekuatan untuk kita kembali bangkit meneruskan kehidupan yang sementara ini. Tiada seorang pun inginkan istilah gagal dalam kehidupan mereka.
Dan kali ini aku gagal dalam mendapatkan lesen memandu kelas D. Ye, mungkin kegagalan itu membuatkan aku jatuh tapi ia sebagai pembakar semangat untuk aku lebih focus dan tidak akan sia-sia kan peluang yang kedua untuk mendapatkan lesen kereta. Aku bukan gagal di bahagian jalanraya tetapi di bahagian bukit. Mungkin kerana aku terlalu gelabah dan cuak melihat pegawai jpj yang mukanya serius street gila ! HAHA
Dari En Google |
Gagal sekali bukan beerti kita gagal selamanya. Masih ada ruang untuk kita bernafas mencari sinar kejayaan. " Bagi yang berjaya saya ucapkan Tahniah dan teruskan momentum anda dan bagi yang gagal cuba lagi sekali untuk test yang akan datang " . Itulah kata-kata pegawai jpj haritu sebelum kami semua memulakan ujian memandu. Dan saya akan kembali untuk ujian itu untuk kali terakhir. InsyaALLAH. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin~~
Wassalam... ^_^
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA !
2 comments:
betol 2...gagal skali bkn bmkna kita akn gagal selamanya...setiap org pasti akan rasa kegagalan dlm hidup tmsuk jgk ida...penah gagal bnyk kali tp ida cuba bngun n pikir +ve..semuanya atas diri kita sendiri mcm mn nak handle kegagalan 2...insyaAllah ada hikmat setiap yg berlaku :)
@iEdA everything happen 4 a reason.. ^_^
Post a Comment