Monday, 8 August 2011

Tanah Runtuh???

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan negeri Pahang diminta mengkaji mengenai penempatan semula perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di sini yang mengalami tanah runtuh semalam. 

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah perkara itu sememangnya perlu dikaji kerana sudah lama penduduk terbabit tinggal di kawasan itu.

"Saya harap dalam jangka panjang, kerajaan negeri dapat mengkaji penempatan semula khususnya di Kampung Sungai Ruil ini, sudah lama mereka berada di kawasan itu," titah baginda ketika melawat pusat pemindahan mangsa tanah runtuh perkampungan Sungai Ruil di sini di pusat Pemindahan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Brinchang di sini.


Baginda juga bertitah supaya enam rumah Orang Asli yang musnah dalam kejadian itu, dibina semula bagi membantu mereka meneruskan kehidupan. 

Tengku Abdullah seterusnya meminta Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan terhadap anak-anak Orang Asli yang ditempatkan di dewan itu selain memastikan kebersihan di kawasan tersebut sentiasa terpelihara. 

Baginda bertitah, kerajaan negeri Pahang akan memberi bantuan RM5,000 kepada waris setiap mangsa yang meninggal dunia dan RM1,000 kepada yang cedera dalam kejadian tanah runtuh tersebut. 

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau akan mengarahkan Jabatan Kesihatan negeri Pahang memastikan kebersihan makanan dan tempat tinggal penduduk kampung Sungai Ruil yang ditempatkan di dewan tersebut sentiasa terjaga, selaras dengan titah baginda. 
"Saya juga akan meminta mereka membuat pemeriksaan kesihatan terhadap penduduk yang dipindahkan di kawasan tersebut iaitu sebanyak 590 orang," katanya. - BERNAMA



**Actually tempat ni lah y akan kita orang akan lawati untuk sem3 nanti pada bulan september ni..tapi bila dah jadi camni perlu atau tak kita orang teruskan cadangan untuk pergi ni???  




! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

2 comments:

eVa said...

simpati dgn diaorang.. huhu

! BudakBelagak ! said...

betul tu..

kita orang memang cadang nak g sana untuk khidmat komuniti u kita orang tapi bila dah camni..

kita kena teruskan hasrat itu ataupun x ye???