Tuesday 9 August 2011

Kerana Takdir...




Teman,
Kerana takdirlah kita membawa haluan masing-masing,
Kau dengan cara kau, aku dengan cara aku,
Namun....
Perpisahan itu telah aku relakan,
Biarpun pahit mencengkam jiwa,
Biarpun tercalit rasa rindu ditususk sembilu, 
Aku redha...kerana takdir-Nya sebegitu...

Kerana takdir-Nya aku berada disini,
Aku kuatkan hati dan semangat yang kecil ini,
Meneruskan kehidupan yang tidak pernah aku duga,
Namun aku binggung untuk menyelesaikan masalah ini...

Doaku...
Agar tiada hasad dengki dan dendam yang tepahat di hati,
Agar kisah yang berlalu terus mengejar masa,
Walau tidak dapat aku lupakannya,
Kerana takdir-Nya aku juga tahu erti cinta...

Pintaku...
Salam kemaafan andai terhiris hati,
Andai rindu yang terpahat dihati terpendam selamanya,
Tatkala mimpi indah bertukar menjadi elergi sepi,
Kerana takdir-Nya juga dugaan yang pahit aku terpaksa telan...
Pastinya aku pasrah dan redha,
Kerana semuanya itu suratan takdir-Nya...




! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

No comments: