Assalammualaikum w.b.t
Waa lama rasanya tidak menaip
entry baru di blog yang usang lagi uzur ini.
Hampir 3minggu di rumah untuk
menghabiskan sisa-sisa baki cuti semester kali ini.
Ye dalam kehidupan kita yang
hanya sementara ini, pasti wujudnya hubungan dengan mereka iaitu kawan mahupun
sahabat ataupun teman kan ?
Tetapi sebagai manusia pasti
ada perbezaan di antara tiga perkataan tersebut ?
Am I right ???
Kawan ? NuRuL yakin ia tak sama
seperti seorang sahabat mahupun teman kan ? Ianya seperti mereka yang kita
hanya kenal sekejap je dan kemungkinan kita tak kenal pun sangat dengan mereka.
Kita tak rapat dengan mereka. Kita just kenal macam tu je. Bila kita nampak
dia, kita tegur mahupun senyum kan ?
Senang cerita ia boleh didapati di mana-mana, tidak teguh hubungannya,
hanya bersifat luaran, dan paling ramai. Sebagai contoh, seperti kawan di
facebook, kadang-kadang kita sendiri tak kenal siapa dorang tu kan ? sebab tu
kawan tu mudah dicari.
Seterusnya sahabat ? Sahabat
bagi NuRuL adalah mestilah seorang yang dimana kita boleh berkongsi masalah
kita bersama. Kita memahami dia dan sebaliknya. The most important thing, dia
mestilah ada waktu kita susah atau senang. Tak seperti bak kata orang tu “ Bila
senang bersama kita, Bila susah buat tak tahu je, tinggal je kita macam tu ”.
Ada kan manusia yang macam tu ? Kawan masa senang je
susah bukan lagi kawan. Seperti mengambil kesempatan atas kesenangan
orang itu.
From GoogLe |
Last but not least, teman ? Yes
! Teman juga penting bagi kita. Tapi dengan dunia sekarang ni, korang percaya
tak nak cari teman yang sejati itu susah dan tak semudah yang kita sangkakan ?
betul tak ? Just imagine ok. Bila korang dah keluar dari kepompong sekolah
means dah habis sekolah kan korang akan jumpa dengan dunia luar. Kat situlah
korang dapat lihat bagaimana kehidupan sebenar kita. Masa tu lah korang kena
pilih whether nak cari kawan mahupun lawan. Kalau korang kawan dengan kawan
yang baik maka tak sesatlah korang tapi jika sebaliknya. Luu pikilah sendiri
beb !
Kesimpulannya, antara kawan,
sahabat mahupun teman. Yup, tiga perkataan yang mempunyai maksud yang
tersendiri. Tapi ianya saling berkait. Dari kawan ia menjadi teman dan akhirnya
akan menjadi sahabat. Tetapi ingatlah carilah kawan yang boleh membawa kita
menjadi yang lebih baik. Sahabat yang sejati juga sukar dicari. Tapi INGATLAH ! ALLAH sentiasa disisi kita dalam susah mahupun senang.
Sumber GoogLe |
2 comments:
sahabat itu adalah anugerah paling berharga dari Tuhan buat kita.. maka hargainya.. :)
@ariff al-baqi
betul tu..
cuba kira berapa orang kawan yang anda masih contact hingga sekarang.. :)
Post a Comment