Thursday 2 August 2012

Dappp... Dupp... Dappp..


Ihsan Google



Bismillahirahmanirahim...

Assalammualaikum semua...

Haa puasa tak tu ?

Amacam cuti ? Sedar tak sedar dah sebulan lebih kan kita bercuti semester bagi student degree macam saya. Kepada yang tak cuti lagi jangan jeles ye ! hehe by the way Selamat berpuasa korang2 tu. Jangan buat-buat lupa tahu ! Kang tak pasal-pasal bangun-bangun pagi pergi buka periuk nasi plak ! isy3

Berbalik kepada topik asal sebenarnya result semester dua bagi sesi 2011/2012 dah pun keluar tadi. Apa perasaan korang bila tunggu result ni ? haiiyaaa tak tahu nak bagi tahu bagaimana rasa dupp..dapp.. dupp... dappp... aihhhh Tetapi yang paling tak suka bila portal pelajar menjadi begitu sibuk sampai frust tak mahu tengok result meyyy. Sampai give up kata tak pelah esok-esok lah aku tengok.. betul ke tak ?

*********


Apabila portal pelajar berjaya aku masuki hangatnya makin terasa dan akhirnya aku sampai menemui result aku tu. Syukur ALHAMDULILLAH walaupan tak dean list tapi ada sedikit peningkatan. Berbaloi dengan usaha yang aku lakukan. Sedikit terkejut apabila last paper pada minggu memecah kepala itu keputusannya agak memuaskan dan seperti tidak disangka-sangka. Serius aku cakap aku main hitamkan je jawapan untuk soalan objektif yang mengandungi 50soalan tu. Disebabkan kekangan masa dan terlampau banyak pengiraan yang panjang aku tidak sempat membelasahnya dan akhirnya aku hanya mampu tawakkal.
Alhamdullilah I got A for Finance paper !

___________________________________________________________

Dan apabila kita membincangkan mengenai result peperiksaan kita, mungkin ada diantara rakan kita yang sedih dan mungkin ada yang gembira. Kepada yang gembira, ucapan tahniah untuk anda ! Kepada yang tidak bernasib baik, INGATLAH ! bahawa gagal sekali tak bermakna kita gagal untuk selamanya. Ambil ia sebagai pengajaran buat kita supaya kita lebih fokus dan berusaha lebih lagi di masa hadapan.

Walau apapun result yang kita perolehi kita patut bersyukur keatas-NYA.  Tingkatkan usaha untuk mencapai yang lebih baik. Setiap ujian pasti ada hikmah dari-NYA.
Aminn~~

Wassalam... ^_^



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

2 comments:

dayah SnoW Heuka said...

hee tahniah yer.. same la ngn kite.. even ta dean list pon.. asalkan ada peningkatan.. hope sem niyh dean list la.. yay gambateh! ^^

NuRuL said...

ur welcome.. :D

insyaAllah.. hope soo..

salam perkenalan..:^_*