Thursday 9 August 2012

10 malam terakhir !

Sumber Pakcik Google

Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Begitu pantas masa ini berlalu. Sedar tak sedar kita sudah pun sampai ke fasa yang ketiga. Alhamdullilah syukur kehadrat Illahi, kerana aku masih lagi berada di sini untuk menjalani perintah-Mu.

Dan pasti waktu-waktu begini kita sibuk dengan persiapan hari lebaran kan? Sibuk dengan baju raya, kuih raya, dan semuanya tentang raya. Kanak-kanak kecil seronok bermain mercun dan bunga api. 

Tetapi di saat akhir bulan ramdhan ini ada satu malam yang dinamakn malam Lailatul Qadar.

Sesungguhnya , pada sisa Ramadhan yang terakhir inilah Rasulullah SAW meningkatkan amal ibadahnya lebih hebat daripada kebiasaan Baginda pada bulan-bulan lain dengan Qiamullail, iktikaf dan sebagainya.

Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)

Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
# Ia merupakan malam penurunan al-Quran. 
# Menurut Ibnu 'Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-'Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. 
# Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.
# Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.
# Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. 
# Menurut Imam Ibnu Kathir; "Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. 
# Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya".
# Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera.
# Ada ulama' berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan"

Wassalam...


 *** Mudah-mudahan kita dapat bertemu dengan malam itu.. InsyaALLAH..

Sumber : iloveislam


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

3 comments:

aNiss :):) said...

amin :') semoga kita diketemukan dengan malam penuh berkat tuu :DD

MalizaMah said...

~terjah dari bloglist ogos SANTAI LEEZA~
semoga kita diketemukan....

NuRuL said...

@ aNiss :):) and @Leeza dayasari [santai leeza]

insyaAllah semoga kita diketemukan..

amin~~