Sunday 17 July 2011

jiwAnG jAp...

Cinta….
Menangis bukan kerana memerlukanmu…
Juga bukan kerana mahu kamu kembali kepadaku…
Tetapi kerana kumenyedari  ku terpaksa belajar untuk melepaskanmu pergi…
Ku akhirnya dapat menerima perpisahan ini dan benar-benar percaya bahawa ku boleh hidup tanpamu…
Ku akhirnya dapat menerima tragedi cinta ini… Walaupun hati ini berat untuk menerimanya….
Soal hati tiada undang-undang… Apatah lagi paksaan…




Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika kita terpaksa melepaskannya pergi…




Orang yang putus cinta seringkali meratapinya dengan air mata…
Terasa seperti dunia berakhir….
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya…
Bertepuk sebelah tangan….
Tenanglah hati…. Mohon ketenangan dari-Nya….
Soal cinta adalah soal hati…
Ia juga soal jodoh…
Manusia hanya merancang.. Tapi Allah yang menentukan…
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan…
Cinta tidak selalu bersama jodoh… Tapi, jodoh sentiasa bersama cinta…
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai orang lain…
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain…
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cintamu…
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita…
Jika kita mencintainya.., Sentiasa doakan kebahagiaannya….


Jika dia bahagia..,




Kita juga turut merasainya…^^,
Menanggung rindu dari kejauhan…. Mencintainya setulus hatimu….
Kerana.., cinta tidak semestinya memiliki……..
Percayalah….
Jika dia Adam yang telah ditakdirkan untukmu…,
Sejauh mana pun kamu terpisah…, suatu hari nanti..,
Kamu pasti akan bertemu kembali….
Setiap apa yang terjadi..,pasti ada hikmahnya…
Terimalah setiap apa yang terjadi dengan hati yang terbuka…
Kerana…, sesuatu yang lebih baik mungkin menantimu….
Setiap Adam pasti ada Hawa..
Dan setiap Hawa..,pasti ada Adam….
Jodoh pertemuan ditangan tuhan….
Tak perlu tergopoh gapah untuk mencarinya…
Kerana.., ia akan datang kepadamu…




! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

No comments: