Saturday 30 July 2011

Stacy-Kisah dongeng Karoke(With Lyrics VERSION)



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


p/s terima aku seadanya ye..HEHE

! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Bahaya Tidur Lambat

Nak tahu KENAPA?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

1.     Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
2.     Tidak buang air kecil di pagi hari.
3.     Terlalu banyak makan.
4.     Tidak mengambil sarapan.
5.     Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6.     Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
7.     Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
8.     Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat...



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Friday 29 July 2011

CONTEST GAMBAR TERBAIK


Haiii..:D

Alamak macam terpanggil pula untuk join contest ni....hehe
Jom pakat ramai-ramai join contest ni ok!
nak tahu lebih lanjut click gambar diatas ok.. 

Malas nak membebel panjang so saya try pertaruhkan gambar ni...


tAraaaaaaaaaaa......Ni lah gambar nya...Gembira gila kan??? HAHA
 so macam ni lah jugak rasanya nak join contest ni..:D

 Rahsia disebalik gambar ni??? 
Haa kita orang ni budak baru belajar lagi...kira junior lah camtu...
woow muda kan kami??? (perasan sungguh aih!) 

Serius saya memang pantang bila nampak camera ok! sebab tu gambar tu jadi cenggitu...
meriah kan??? gembira kan??? Sumpah TIPU! gambar hanyalah hiasan semata-mata...
Tulah kehidupan kita orang di alam university sebagai student first year..
berjalan kaki untuk ke fakulti ke fakulti..
Sampai ada yang berkata 'best kan jalan kaki'...
oiii exercise tu boleh kurus pecah lemak semua...HAHA

Tapi best kehidupan di university dapat ramai kawan yang sporting macam dia orang semua tu...
macam-macam gelagat dia orang ni..Dalam ramai-ramai tu saya lah yang
paling ceria...so cari sendiri saya kat gambar tu ok! 

suka gambar ni tolong like lah banyak2 ok..Hehe
THANK YOU...:)


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Wednesday 27 July 2011

Rindu Kawan Matrik...

Assalammualaikum...

Hey u all's..apa khabar??? sihat???
Alhamdullilah aku pun sihat...

Entry kali ni tentang matrik. Aku dulu lepas SPM aku sambung study kat KMPP(Kolej Matrikulasi Pulau Pinang) ok! Orang penang mesti tahu kan..hehe Sebenarnya sambil aku online tadi terperasan pula status member aku...
bila baca wow rindu jugak aku dekat suasana matrik aku...
Hampir setahun lebih kottt aku telah tinggalkan zaman matrik aku tu..hehe


Cafe 'a' 'b' 'c' 'd' lah??? dewan kuliah lah??? kelas malam lah??? naik bus utc lah??? d'pongsu lah??? 
tasik lah??? nasi lemak 4flat lah??? ketat??? kesis??? pentad??? 
banyak sungguh sebenarnya tempat di 'KMPP' ni ok! 

Macam-macam kenangan kat KMPP ni bagi aku...
walaupun hanya setahun tapi macam bertahun lamanya! HAHA
jom tengok gambar pula..

budak kelas a1p2

aku dan farah

sahabat baik ak!

         roomate aku..

y tengah tu ain..

yanie, aku n eqah..

geng aku...

Serius gambar kat matrik ni je 1000 lebih maa...Banyak gila..HAHA
tapi semua tu tinggal kenangan je lah...
Rindu sangat kat Nadirah, Eqah, Yanie, Lina n semua lah...
Entah bila boleh jumpa aku pun x tahu...
KAWIN kot???  maybe..hehe



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Sunday 24 July 2011

AngAn-angAn???

Hellooooooo....
hehe (gelak gedik) pagi-pagi buta ni disebabkan x boleh nak lelapkan mata so aku pun try lah skodeng2 mana-mana blog...so u know what??? ape y aku nampak??? ceh waaaa...aku terjumpa lah satu blog ni...CANTIK wa kata kat luu..so ape lagi aku pun nak jadikan blog aku y BURUK ni!!! jadi macam tu...cantik bangat seyyyyyyyy...

sekarang ni aku tengah meng 'renovate' (x tahu nak eja ok!) blog aku ni...HAHA so angan2 jelah kan??? tapi xmustahil...hope tutorial y aku follow ni memudahkan kerja aku untuk mencantikkan lagi blog aku...

p/s credit to thank sangat lah lyssa...hehe

! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

jujur-radja with lyrics


duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberi satu arti
sedikit rasa yang bisa kumengerti
bukan sumpah atau janji
buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekedar bersama
Reff:
jujurlah padaku
bila kau tak lagi cinta
tinggalkanlah aku
bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku
jujurlah padaku
bila kau tak lagi suka
tinggalkanlah aku
bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku selamanya
p/s HAHA ni lagu time aku sekolah dulu kottt..tapi sekarang xfamous lagi dah...:D

! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Thursday 21 July 2011

nAk bErsAhAbAt dengAn awAk sEpErti duLu...

saya rindu saat itu...

Sahabat??? Semua manusia dalam dunia ini memerlukan sahabat kan??? Sama juga macam aku…tapi bagaimana rasanya kalau kita kehilangan sahabat itu??? Sahabat y baik..selalu sahaja mendengar masalah anda…memberi nasihat kepada anda…sentiasa ambil berat tentang anda…tapi akhirnya anda kehilangan sahabat itu….

Semestinya anda akan rasa sedih kan??? Tiada lagi yang sahabat y boleh dengar masalah anda…anda sunyi tanpa sahabat disisi…anda rindukan dia…bukan mudah untuk mencari seorang sahabat yang bersama anda waktu anda susah mahupun senang…TERLALU SUKAR!!!

Tapi apa kan daya aku…aku kehilangan dia…insan yang pernah menggembirakan aku..aku sedih…aku kecewa…aku terluka…tapi aku x mampu untuk mengembalikan dia sebagai sahabat…

sunyi tanpa awak...

Kami telah bersahabat hampir dua tahun lebih…dan aku selesa kawan dengan dia…bergurau bersama…aku gembira berkawan dengan dia…tapi hubungan tu berhenti setakat tu je…Dalam masa kami bersahabat itu…satu tragedi telah un berlaku…aku x nak benda buruk dan benda y lebih mengecewakan aku terjadi nanti jika kami teruskan lagi…

Selepas kejadian itu persahabatan kami menjadi tegang…dia bukan seperti y aku kenal dulu…dia dah berubah…aku disini kehilangan sahabat…mungkin ada hikmah disebalik apa y terjadi..kami hanya berkawan biasa…bukan sahabat seperti dahulu…:D

p/s saya harap awak bahagia dan gembira dengan kehidupan awak sekarang…tapi saya rindu nak jadi sahabat awak seperti dahulu…walaupun saya tahu semua tu x mungkin terjadi…


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Wednesday 20 July 2011

3A flat eak???


Cerita ini mengisahkan Fiqah (Intan Ldyana) , seorang gadis kilang yang mengandungkan anak teman lelakinya, Anas (Adey Syafrien). Lelaki terbabit seorang yang tamak sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam bagi membunuh bapanya sendiri.

Anas yang bersekongkol dengan dukun Kang Suman (Zaidi Omar) bagi membolot harta bapanya itu kemudian bertindak membunuh dukun terbabit. 

Kes kehilangan seorang kanak-kanak bernama Fatin (Syazana Firas) ada kaitan dengan ilmu hitam Kang Suman bagi memenuhi impian Anas. 


Akibatnya roh Fatin yang menghantui flat terbabit membongkar penemuan mayat kanak-kanak itu yang ditanam di dalam rumah Kang Suman. 

Tidak berpuas hati dengan sikap rakus Anas, anak Kang Suman, Ratna (Shasha Zurazie) yang juga rakan serumah Fiqah menyeru roh bapanya sendiri bagi membalas kejahatan yang dilakukan Anas.

semasa pengguguran anak...

dirumah Kang Suman..

***saksikan lah di pawagam berhampiran anda ok..:D



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Tuesday 19 July 2011

Erry Putra & Reen Rahim - BeRubAh




P: Kau berikan ku waktu

Untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku

P: Ku ingin benar bersama denganmu

Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

L: Kau yang ku kenali

Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari
L/P: Semuanya telah berakhir

L/P: Ku ingin benar bersama denganmu

Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku


p/s Manusia berubah dari semasa ke semasa...tapi sama ada berubah jadi lebih baik atau pun tidak...tiada manusia y sempurna dalam dunia ini...:)


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Monday 18 July 2011

sEkALi Lagi...


Sekali Lagi Poster SEKALI LAGI MOVIE SYNOPSIS AND TRAILER


 Sekali Lagi menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.
Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.
Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. 


Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.
Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.

***Amy tu comel sangat..hehe geram!!! Arman kelakar....:D shiela tu pelat 'r' ok..serius ketara sangat pelat dia tu..HAHA btw sweet...



! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Sunday 17 July 2011

jiwAnG jAp...

Cinta….
Menangis bukan kerana memerlukanmu…
Juga bukan kerana mahu kamu kembali kepadaku…
Tetapi kerana kumenyedari  ku terpaksa belajar untuk melepaskanmu pergi…
Ku akhirnya dapat menerima perpisahan ini dan benar-benar percaya bahawa ku boleh hidup tanpamu…
Ku akhirnya dapat menerima tragedi cinta ini… Walaupun hati ini berat untuk menerimanya….
Soal hati tiada undang-undang… Apatah lagi paksaan…




Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika kita terpaksa melepaskannya pergi…




Orang yang putus cinta seringkali meratapinya dengan air mata…
Terasa seperti dunia berakhir….
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya…
Bertepuk sebelah tangan….
Tenanglah hati…. Mohon ketenangan dari-Nya….
Soal cinta adalah soal hati…
Ia juga soal jodoh…
Manusia hanya merancang.. Tapi Allah yang menentukan…
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan…
Cinta tidak selalu bersama jodoh… Tapi, jodoh sentiasa bersama cinta…
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai orang lain…
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain…
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cintamu…
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita…
Jika kita mencintainya.., Sentiasa doakan kebahagiaannya….


Jika dia bahagia..,




Kita juga turut merasainya…^^,
Menanggung rindu dari kejauhan…. Mencintainya setulus hatimu….
Kerana.., cinta tidak semestinya memiliki……..
Percayalah….
Jika dia Adam yang telah ditakdirkan untukmu…,
Sejauh mana pun kamu terpisah…, suatu hari nanti..,
Kamu pasti akan bertemu kembali….
Setiap apa yang terjadi..,pasti ada hikmahnya…
Terimalah setiap apa yang terjadi dengan hati yang terbuka…
Kerana…, sesuatu yang lebih baik mungkin menantimu….
Setiap Adam pasti ada Hawa..
Dan setiap Hawa..,pasti ada Adam….
Jodoh pertemuan ditangan tuhan….
Tak perlu tergopoh gapah untuk mencarinya…
Kerana.., ia akan datang kepadamu…




! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

jodOh???

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin


***jodoh pertemuan itu semuanya ditanganMU YA ALLAH...


! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !

Saturday 16 July 2011

PeRistiwA pEntinG dALam buLan syAaban


1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.

! Terima Kasih Membaca Entry Ini kawan !